Polisakarida Cendawan: Gelombang Terbaharu dalam Keseluruhan Kesejahteraan Tubuh
Misteri di sebalik penyebab produk-produk Alphay menjadi sangat revolusioner bermula pada molekul. Pelbagai kajian menyatakan bahawa polisakarida, triterpena, asid amino, antioksidan dan lain-lain bahan molekul yang mempunyai sifat memodulasikan imun mempunyai kesan positif pada tubuh manusia.
Inilah yang menempatkan Lingzhi dan lain-lain cendawan boleh dimakan di dalam kelas pemakanannya tersendiri. Di dalam DNA cendawan terdapat kuasa yang bertindak sebagai perantara yang mengalih susun kemudian membawa molekul-molekul nutrien ini di dalam bentuk paling tulen ke dalam tubuh. Dengan ketepatan yang menakjubkan, sifat-sifat farmakologi Lingzhi bergabung secara sinergi dan menawarkan manfaat yang hebat, yang menyokong kesihatan manusia termasuklah mencergaskan semula tubuh, menyokong sistem imun, dan menyeimbangkan minda dan emosi. Anda akan dapati bahawa ia hampir menyamai alam semula jadi dan fitrah manusia.
Apabila Alam Semula Jadi Bertemu Fitrah Manusia
Lingzhi dan lain-lain cendawan juga dikenali sebagai salah satu sumber nutrien poten yang diperlukan tubuh iaitu vitamin, mineral, protein dan asid amino. Malahan, cendawan mempunyai peratus yang lebih tinggi berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran.
Dengan pakar-pakar hebat mikologi, herba, biokimia dan farmasi di dalam dan luar negara, Alphay diiktiraf sebagai penginovasi pelopor dalam kemajuan teknologi terkini di dalam penanaman dan pengeluaran produk-produk pemakanan cendawan.