Saya membesar dalam keluarga yang menjalankan penanaman cendawan perubatan selama beberapa generasi. Saya menganggap bapa saya, Tingzhang Chen adalah pengasas sebenar Alphay. Bermula pada tahun 1950-an, semangat beliau dalam sains penanaman herba dan cendawan menjadikan beliau sangat dikenali dan dihormati sebagai pakar dalam bidang mikologi. Keprihatinan dan sokongan beliau terhadap petani-petani dan penduduk kampung telah mengajar saya cara untuk hidup dan bekerja menggunakan hati dan akal. Falsafah kemanusiaan dan sifat mengambil berat terhadap orang lain yang dikuasakan oleh hati serta mesra alam sekitar masih meresap ke dalam syarikat kami sehingga ke hari ini. Dengan keinginan untuk memperluaskan falsafah ini ke seluruh dunia maka terhasillah jualan langsung Alphay yang ditubuhkan di China pada Oktober 2002. Selepas menjadi syarikat ke-21 yang diberikan lesen jualan langsung di China, saya bersedia untuk melancarkan inisiatif pemasaran global Alphay. Saya juga menyedari bahawa untuk mencapai matlamat ini, kami perlu menjadi syarikat yang berpangkalan di Amerika Utara. Perjalanan ini bermula pada tahun 2011.

Alphay adalah syarikat dengan 5 Elemen. Dengan penghormatan terhadap keluarga dan dedikasi untuk berkhidmat kepada yang lain, saya mencipta syarikat abad ke-21 bertunjangkan sistem purba yang tidak lapuk dek zaman untuk mengembalikan dan mengekalkan keseimbangan tubuh, minda dan rohani. Dikenali sebagai 5 Elemen, kesemua produk-produk kami diformulasikan berdasarkan elemen-elemen yang amat bernilai yang meningkatkan ritma semula jadi dan kaitan di antara manusia dan persekitaran.

Produk-produk kami merapatkan jurang antara formula kesihatan purba dan holistik dengan teknologi perubatan moden. Teras formulasi-formulasi unik kami merupakan salah satu daripada ramuan paling bernilai yang amat disanjung dan telah digunakan sejak zaman dahulu kala iaitu cendawan Lingzhi, atau juga dikenali sebagai herba panjang umur dan abadi. Kami juga sangat berpegang kepada prinsip menjaga alam sekitar di dalam proses penuaian, formulasi dan pembuatan dimana kami hanya menghasilkan sedikit sisa berkarbon rendah dan menggunakan menggunakan hasil sampingan sifar pelepasan sisa.

Apabila anda memilih untuk memulakan perniagaan Alphay, anda sedang bekerjasama dengan visi yang saya pegang kukuh bertahun-tahun lamanya iaitu untuk menyediakan suatu perantaraan untuk meningkatkan kemanusiaan, terutamanya di dalam waktu-waktu yang mencabar ini. Anda akan menyertai salah satu syarikat terbesar dan mantap di dalam industri cendawan boleh dimakan. Pelan perkembangan global ini bagaimanapun hanya boleh dicapai dengan bantuan anda dan mereka yang anda kongsikan mengenai visi ini. Kami semua di Alphay berkongsi tujuan yang sama iaitu untuk menawarkan anda nutrisi pemakanan yang berkualiti tinggi dan paling seimbang seumpamanya di dunia, dan untuk menyokong meningkatkan kewangan mengikut kesesuaian anda.