Muzium Lingzhi Alphay
Penanaman Lingzhi: Tradisi sejak 2,000 tahun
Selama lebih 2,000 tahun, Lingzhi menjadi satu herba yang sangat dihormati di Asia; biasanya dirujuk sebagai “herba panjang umur.” Menurut 5 Elemen Kesihatan dan Keseimbangan dalam asas perubatan Cina, setiap sistem utama organ-organ tubuh dapat disuburkan dengan Lingzhi; dimana ia dikatakan dapat mengimbangi kesemua 5 Elemen tubuh, minda dan rohani. Lingzhi, dan lain-lain cendawan boleh dimakan yang terdapat dalam produk-produk Alphay boleh dianggap sebagai “kenderaan” untuk membawa komponen-komponen nutrisi ke seluruh tubuh.
Lingzhi boleh dikatakan salah satu herba yang telah dikaji secara intensif di dunia, dengan beratus-ratus unsur molekul semula jadi telah didokumentasikan. Lebih daripada 200 spesies Lingzhi wujud di seluruh dunia, dengan Ganoderma Lucidium menjadi spesies yang paling diiktiraf dan dikaji. Banyak penyelidikan semasa Lingzhi telah memberi tumpuan kepada rantaian panjang molekul polisakarida seperti beta glukan, dan sebagai hos kepada pelbagai juzuk bio aktif lain yang kesemuanya mencakupi spektrum luas cendawan untuk menyokong tubuh manusia.
Dalam teks-teks dan rekod purba tertulis bahawa China merupakan negara pertama yang mengkaji ciri-ciri ajaib perubatan dan penyembuhan cendawan Lingzhi. Dikenali sebagai “rumput bertuah”, ia dihormati sebagai simbol tuah dan kebahagiaan, dan mitologi Lingzhi telah diturunkan dari generasi ke generasi untuk beribu-ribu tahun.
Kemajuan sosial dan pembangunan teknologi saintifik pada lewat abad ke-20 lewat menghasilkan kejayaan penanaman Lingzhi dan membolehkan kesan farmakologi serta biologinya disahkan. Pengasas dan Pengerusi Alphay, Hui Chen yang telah mengabdikan dirinya untuk mengkaji dan membangunkan produk Lingzhi sejak dua dekad yang lalu, telah menubuhkan Muzium Kebudayaan Lingzhi di kampus Alphay di Nantong, dengan kerjasama saintis-saintis dan ahli mikologi.