Kampus Alphay International seluas 172,000 kaki persegi di Nantong, China merupakan pusat penyelidikan berskala penuh yang didedikasikan untuk mempelajari penggunaan cendawan-cendawan boleh dimakan dalam produk pengguna. Saintis-saintis kami telah menjalankan lebih daripada 1,000 kajian selama 50 tahun. Bahagian spesifik dalam penyelidikan saintifik termasuklah:
- Kejuruteraan makanan dan biologi
- Pengekstrakan bahan-bahan bio aktif
- Kejuruteraan perladangan semula jadi
- Keselamatan dan nutrisi makanan
- Toksikologi makanan
- Kimia organik dan bio kimia
- Sains makanan dan pembangunan produk kesihatan
- Perubatan Cina
- Bahan-bahan farmakologi cendawan
- Cendawan nadir
- Perkembangan teknologi pengekstrakan dan pemisahan
- Kemahiran teori dan praktikal dalam pemisahan dan penulenan bahan
- Inisiatif Akademik dan Perkongsian Penyelidikan Global
Selepas menjadi tuan rumah pada Persidangan Cendawan Perubatan ke-5 pada 2009, Alphay mula bekerja dengan banyak rakan kongsi dalam industri cendawan makanan da perubatan, termasuklah Amerika Syarikat, Mexico, Rusia, New Zealand, Jepun, Thailand dan Malaysia.
Alphay bekerja erat dengan 50 sarjana dan penyelidik daripada 9 universiti besar di seluruh dunia, bersama-sama dengan 75 saintis bersekutu, ahli mikologi dan ahli herba.
Persidangan Cendawan Perubatan Antarabangsa
Alphay sekali lagi diberi penghormatan menjadi tuan rumah Persidangan Cendawan Perubatan Antarabangsa ke-7 pada Ogos 2013 di Beijing. Diiktiraf sebagai persidangan akademik dan penyelidikan paling berprestij, ia menyatukan sarjana-sarjana antarabangsa yang berbincang mengenai kerjasama dalam penyelidikan Lingzhi dan cendawan boleh dimakan serta manfaatnya terhadap kesihatan tubuh manusia.