Penjagaan Peribadi
Bahan Utama:
Pelbagai bahan aktif yang diekstrak daripada Lingzhi, ekstrak madu semula jadi, Vitamin B5 (pantenol)
Syampu Alphinnel mengandungi pelbagai bahan aktif yang diekstrak daripada Lingzhi yang menyediakan nutrien yang penting untuk rambut dan kulit kepala. Ia memperkuatkan rambut, menyeimbangkan pengeluaran minyak daripada kulit kepala, dan merangsang pertumbuhan rambut yang sihat. Ia juga memulihkan rambut yang kering dan kusam menjadi lembut bak sutera. Untuk hasil yang terbaik, gunakan perapi selepas bersyampu.
Bahan Utama:
Pelbagai bahan aktif yang diekstrak daripada Lingzhi, asetat VE, Protein Sutera Terhidrol
Perapi Alphinnel mengandungi pelbagai bahan aktif yang diekstrak daripada Lingzhi, yang menyediakan nutrien penting untuk merawat rambut yang rosak sehingga ke akarnya. Ia menambah lapisan perlindungan agar rambut kekal sihat. Ia memperbaiki kerosakan kulit kepala dan mencegah kehilangan protein dan kelembapan, menjadikan rambut kelihatan bersinar dan beralun.
Bahan Utama:
Pelbagai bahan aktif yang diekstrak daripada Lingzhi, Madu Semula jadi, Asetat VE, Ekstrak Alga, Panthenol, dan Mentega Shea
Gel Mandian Alphinnel mengandungi pelbagai bahan yang diekstrak daripada Lingzhi, dengan kombinasi madu semula jadi, asetat VE, ekstrak alga, panthenol, dan mentega Shea. Ia lembut tetapi mempunyai formula membersih yang berkuasa. Ia mengekalkan kelembapan kulit, menjadikan kulit lembut sentiasa!
Pati Lingzhi dan ginseng kaya dengan polisakarida, tetraterpena, ginsenosida, germanium organik semula jadi, enzim, selenium dan lain-lain bahan poten yang aktif. Digabungkan dengan cara memberus gigi yang betul, ia membantu mengekalkan kebersihan kaviti mulut. Penggunaan ubat gigi ini secara kerap boleh membantu mencegah kerosakan gigi, menyegarkan nafas dan melegakan lelasan mucus membran, merawat ulser mulut, melegakan pembengkakan gusi.
Penjagaan Kulit
Bagaimana Rangkaian Penjagaan Kulit Alphinnel bekerja:Selamat, Tulen, Sihat
Rangkaian Penjagaan Kulit Alphinnel hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi, lembut, selamat, berkesan dan tanpa bahan pengawet. Matlamatnya adalah untuk menyediakan khasiat yang maksimum pada kulit sambil dan sedaya-upaya meminimumkan penggunaan bahan perangsang.
Menghidrat dengan mendalam dan pelembapan menghalang masa dan penuaan
Jenis kulit yang bersesuaian: kering, biasa, kering gabungan, terdehidrasi, kusam, kasar dan bersisik
Alphinnel Ninge Nourishing Cleanser
Pembersih menyubur ini mengandungi elemen unik Lingzhi yang aktif, dimana ia membersih dengan lembut tetapi jauh mendalam sehingga ke liang roma dan membantu kulit menyingkirkan kekotoran dan toksin. Ia menjadikan kuit berasa lembap dan lembut disentuh.
Alphinnel Ninge Nourishing Toner
Penyegar menyubur ini kaya dengan ekstrak Lingzhi Merah, asid hialuronik dan ekstrak Centella, yang dapat menyediakan penghidratan mendalam untuk kulit dan memperbaiki kulit yang kusam dan kasar akibat kekeringan. Ia juga menggalakkan penyerapan losen dan krim.
Alphinnel Ninge Nourishing Moisture Emulsion
Penyegar menyubur ini kaya dengan ekstrak Lingzhi Merah, asid hialuronik dan ekstrak Centella, yang dapat menyediakan penghidratan mendalam untuk kulit dan memperbaiki kulit yang kusam dan kasar akibat kekeringan. Ia juga menggalakkan penyerapan losen dan krim.
Alphinnel Ninge Nourishing Moisture Cream
Penyegar menyubur ini kaya dengan ekstrak Lingzhi Merah, asid hialuronik dan ekstrak Centella, yang dapat menyediakan penghidratan mendalam untuk kulit dan memperbaiki kulit yang kusam dan kasar akibat kekeringan. Ia juga menggalakkan penyerapan losen dan krim.
Alphinnel Ninge Total Solution Eye Cream
Krim mata hebat ini mengandungi Lingzhi Ungu, Astragalus dan ekstrak Centella, yang khususnya dapat melindungi kulit sensitif di bahagian bawah mata. Ia membantu mengembalikan keanjalan kulit malahan dapat merencatkan kehadiran radikal bebas dengan berkesan, dimana ini dapat membantu mengurangkan mata yang sembap, lingkaran bawah mata, dan mengurangkan kedutan.
Rangkaian Refreshing menyediakan pelembapan yang mencukupi dan menyeimbangkan pengeluaran minyak
Jenis kulit yang bersesuaian: berminyak, berminyak kombinasi, liang roma yang besar, untuk mereka yang mengalami pengeluaran sebum muka.
Alphinnel Ninge Refresh Cleaning Gel
Formula pembersih yang menyegarkan dan menjadikan kulit lembut apabila disentuh tetapi dapat menyingkirkan kean minyak dan kotoran berlebihan pada liang roma. Ia mengandungi ekstrak buah berangan Cina yang boleh meminimumkan kesan liang roma dan mengawal pengeluaran minyak, menjadikan anda berasa segar bugar!
Produk ini mengandungi Lingzhi Ungu, Calendula dan lain-lain ekstrak yang dapat menyediakan pelembapan dengan pantas, meminimumkan kesan liang roma, menyelaraskan pengeluaran minyak, dan memberikan keseimbangan pada kulit.
Alphinnel Ninge Refresh Moisture Emulsion
Produk ini mengandungi Lingzhi Merah, Clerodendranthus dan ekstrak Calendula, yang menyediakan kulit dengan kelembapan sambil menyelaraskan pengeluaran minyak. Ia ringan dan menyegarkan, serta boleh diserap kulit dengan pantas. Ia akan menjadikan kulit berasa lembut dan halus.
Alphinnel Ninge Refresh Moisture Cream
Krim yang menyegarkan ini merupakan formula unik yang mengunci lembapan dan memperbaiki keanjalan kulit dengan berkesan. Buah berangan Cina berkesan merencatkan pengeluaran daripada kelenjar minyak. Hasilnya ia akan mengawal pengeluaran minyak di zon T. Selepas pengunaan berterusan, ia akan menjadikan kulit segar dan halus. Wajah yang cantik berseri pasti akan anda perolehi!
Alphinnel Ninge Total Solution Eye Gel
Gel mata yang seumpamanya ini mengandungi Lingzhi Ungu, Centella dan lain-lain pati tumbuhan semula jadi, dan apabila digabungkan dengan lain-lain bahan yang memberikan kelembapan (contohnya asid hialuronik dan sebagainya), ia akan menyediakan kelembapan dengan berkesan pada bahagian sekitar mata. Ia juga mengalakkan sintesis kolagen pada kulit.
Lain-lain sumber tumbuhan (ekstrak Astraglus,ekstrak kamomil dan sebagainya) membantu melegakan kesan pembentukan kantung bawah mata dan lingkaran gelap. Ia mempunyai formula melembap yang membantu mengurangkan garis-garis halus dan bengkak di sekitar mata serta lingkaran gelap. Ia merupakan gel mata pelbagai fungsi yang menberikan keseimbangan yang sempurna.
Kurniaan pati herba
Perlindungan tanpa tekanan untuk wajah anda
Penyubur kulit daripada pati herba
Keistimewaan: Alphinnel Moisturizing Mask terdiri daripada ekstrak lebih daripada lebih dua belas tumbuhan herba yang bekerjasama dengan hialuronan, pentilin glikol dan lain-lain bahan melembap aktif untuk memberikan kulit anda kesan pelembapan dan penyuburan dengan segera dan ketara. Ia melegakan kulit yang kasar akibat sinaran ultra ungu atau udara yang kering sambil menyingkirkan kedutan mikro serta melegakan kulit yang tertekan.
- Masker wajah yang halus kaya dengan serat Lingzhi, lembut dan mesra kulit, nipis dan memberi ruang untuk kulit bernafas. Potongan bionik agar padan sempurna pada kontur wajah.
- Kertas Mutiara yang melembap membantu masker wajah menyerap pati untuk meningkatkan penembusan, penyerapan dan kepadanan agar kulit wajah lembut, bersinar, berseri-seri dan bebas cela.
- Semula jadi; dengan haruman ros yang meningkatkan semangat agar anda kekal segar.