Produk Magnetic Synergy: Menyokong Tenaga Keseluruhan Tubuh

Produk Alphay Synergy diasaskan dengan 5 Elemen Kesihatan dan Keseimbangan, dan diperbuat daripada bahan-bahan yang melengkapkan keupayaan tubuh untuk menerima dan mengembalikan keremajaannya. Produk-produk Synergy menggabungkan magnetik halus, ion negatif ultra moden dan teknologi infra merah jauh yang berasaskan sains fizikal.

 

Produk Eco-Functional Bedding: Miss Ying Signature Bedding

Seni dan Sains Tidur

Balut tubuh anda dengan koleksi Miss Ying Signature Bedding yang cantik dan hangat. Teknologi maju telah membolehkan Alphay menghasilkan bahan yang unik dan semula jadi, mesra alam dan lembut dan mewah bak sutera. Dibaluti keselesaan sewaktu tidur, anda akan menikmati manfaat ion negatif dan infra merah jauh hasil gabungan arang buluh dan kitin. Tumpuan besar diberikan terhadap dua bahan berfungsi ini dimana ia ditenun ke dalam fabrik agar dapat menebat kepanasan tubuh, menyingkirkan bau dan menyelaraskan kelembapan. Miss Ying Signature Bedding adalah anti bakteria, anti kulapuk, anti tungau dan anti statik serta kekal utuh walaupun selepas dibasuh berulang kali. Koleksi Miss Ying Signature Bedding Collection menyokong keperluan anda untuk tidur yang lena, memulihkan dan sensual. Sekali anda mencubanya, anda pasti merasai kesannya.


Synergy Deep Sleep Eye Mask

Kuasa pembalikmudaan magnet

Synergy Deep Sleep Eye Masks dihasilkan menggunakan fabrik termostatik semula jadi Alphay yang luar biasa untuk membantu anda kelihatan dan terasa lebih muda. Untuk memberikan relaksasi mendalam, masker ini menggunakan teknologi magnetik yang sama seperti fabrik yang digunakan dalam Miss Ying Signature Bedding. Arang buluh dan kitin dengan bahan ion negatif dan infra merah jauh ditenun pada fabrik untuk meningkatkan manfaat masker.

  • Tidur Lebih Selesa
  • Bangun Tidur dengan Rehat yang Cukup, Segar dan Rasa Muda

Synergy Gemsoles

Pelapik dalam yang mengandungi 3 jenis tenaga:

Unik, medan magnet, infra merah jauh dan ion negatif.

Magnet-magnet sfera dan bersudut rawak, infra tenaga merah jauh dan ion-ion negatif daripada kristal turmalin bergabung secara sinergi untuk menghasilkna tindakan-tindakan berikut:

  1. Meningkatkan aliran dan peredaran darah; meningkatkan pengoksigenan dan menggalakkan penyembuhan tisu; memberikan tenaga terhadap sel-sel
  2. Memperkasakan keseimbangan struktur; meningkatkan kebolehlenturan; meningkatkan ketahanan
  3. Meningkatkan keselesaan; mengekalkan kecergasan menyeluruh; menumpukan pada ketidakselesaan pada tulang, sendi dan otot