ZHI IEQ

Ciri-ciri Produk:

Berdasarkan teori saintifik tradisional, ZHI IEQ diformulasikan dengan cendawan perubatan semula jadi dan tanpatercemar termasuk cendawan enoki, cendawan golden ears, cendawan poplar, dan juga alga laut seperti rumput laut, spirulina, dan fosfolipid kacang soya, kacang walnut dan ramuan-ramuan lain. Bahan aktif dalam ZHI IEQ diekstraksi dengan menggunakan pengekstrakan bioteknologi.

Maklumat Berkenaan:

Pada peringkat pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan remaja yang paling pesat ini, nutrien untuk perkembangan fizikal dan intelektual adalah sangat penting. Pengambilan nutrien berkaitan yang tidak mencukupi akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan badan dan otak, dan juga kesihatan kanak-kanak dan remaja. Kesihatan badan juga dikaitkan dengan perkembangan intelektual. Tanpa fungsi tubuh yang sihat, perkembangan intelektual kanak-kanak dan remaja akan terjejas walaupun mereka diberikan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak.

Asid amino, polisakarida fungus, vitamin, mineral, dan fosfolipid adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan remaja. Nutrien ini mesti diformulasi dengan nisbah yang tepat agar dapat diserap dan digunakan secara berkesan oleh tubuh badan.

Ini iklan product tradisional

______________________________________________________________________________________________

ZHI PERZEST CAPSULE

ZHI PERZEST CAPSULE merupakan sejenis suplemen bahan tunggal yang terdiri daripada serbuk mutiara. Mutiara adalah salah satu Perubatan Tradisional Cina (TCM) yang terkenal dengan kandungan protein dan mineral yang banyak.  Ia telah digunakan secara tradisional dalam perubatan Cina untuk menghilangkan panas dalaman atau endogen. Selain itu, aktiviti antioksidan yang tinggi juga menyokong peningkatan kapasiti antioksidan serta peningkatan kadar kandungan tiol dan glutathione, memberikan perlindungan kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Setiap botol mengandungi 180 kapsul.

Kebaikan

  • Menggalakkan kesihatan badan secara keseluruhan
  • Melegakan rasa panas badan
  • Menggalakkan kecergasan harian
  • Antioksidan mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan

Dicadangkan untuk:

  • Orang yang ingin mempunyai kesihatan keseluruhan
  • Orang yang bekerja di bawah terik matahari
  • Peminat aktiviti luar
  • Atlet

Ramuan: Serbuk Mutiara (Pteria martensii) – 200mg

Indikasi: Digunakan secara tradisional untuk melegakan kepanasan badan.

Dos: Dewasa: Ambil 1 – 3 kapsul setiap kali, sekali sehari pada waktu pagi atau petang selepas makan atau setengah jam sebelum tidur setiap malam dengan air suam.

Kontraindikasi pada wanita mengandung. Data dipercayai yang tidak mencukupi pada wanita yag menyusui.

Cara Penyimpanan:

Simpan di bawah suhu 30 ° C pada tempat yang kering. Lindungi daripada cahaya dan kelembapan.

Jauhkan daripada capaian kanak-kanak.

Ini iklan product tradisional